Saturday, December 29, 2012

Kenapa Begini...


Rasanya seperti semalam semua ini berlaku,
Setiap detik indah hilang tanpa ku tahu,
Andai bisa ku putar semula waktu,
Akan ku ukir senyum indah di bibirmu,
Akan ku usap setiap titis air matamu,
Akan ku menulis senaskhah komik demi melihat lesung pipit di pipimu,
Namun segala anganku musnah dalam sedetik waktu,
Sebuah perbalahan mengubah semua yang berlaku,
Perselisihan pendapat mengubah ikatan antara kau dan aku,
Sebuah persahabatan yang terjalin berubah menjadi asing untukku,
Aku cuba mencari hilangnya canda gurau dulu,
Aku cuba cari senyuman yang tulus itu,
Namun segalanya tidak seperti dulu,
Ya Allah, andai ini takdirMU,
Kuatkanlah hati ini menerima ujianMu,
Andai ujian ini jawapan dariMu,
Berikan kami kekuatan menerima segala semua itu,
Jika belum terputus kata dua,
Biarkan hati yang terluka ini pulih dalam menyelusuri waktu...
Amin...




















Dean Dinner Award Bank Rakyat UUM...


peristiwa ni dah lama berlalu tp juz now baru da masa nak update story...huhuuu... 13 Disember 2012, mlm yg tak boleh dilupakan...aku as AJK Publisiti kena jadi waitress mlm tu,,,huhuhu memang stylo lah kan... tapi rasa nak gelak pun ada ....hahahaha kena serve makanan n minuman to all participant yg dapat DEAN AWARD ..... memang best!!! dalam hati berbisik juga mana pergi student Melayu, because most of student yang dapat DEKAN ialah student Chinese... katanya takkan Melayu hilang di dunia tapi hampeh habis Melayu hilang tertinggal di universiti... tapi tak pa... InsyaAllah bila tiba saatnya nanti pasti Melayu yang paling majoriti dapat DEKAN... So akhir but not last dari aku... Biar rockers janji MEOWWWW!!!

Wednesday, December 26, 2012

Seperti dulu...


Persoalan kata bermain di hati,
Mungkinkah ikatan ini seperti dulu lagi,
Di saat pernah terdetik sekelumit benci,
Di saat antara kita saling menyakiti,
Tak berani aku menjamin ini hubungan lagi,
Mungkinkah ikatan persahabatan dahulu terjalin kembali,
Walau bibir mengungkap mungkin hakikat yang hakiki,
Namun bicara hati hanya membisu seribu erti,
Walau lidah mengucap maaf sejuta kali,
Namun tidak ku tahu di lubuk jauh hati,
Tak mampu untukku ku berjanji,
Hanya berserah pada takdir Ilahi,
Jika ikatan ini terjalin tulus ku biarkan bisikan hati berbicara pasti,
Jika ikatan ini hanya sebuah permainan ku reda melepaskannya pergi,
Biarlah detik waktu mengubat hati yang tersakiti,
Biarlah detik waktu memberi petanda pasti,
Jauh di sanubari ku masih mengini persahabatan ini lagi,
Kerana kau sahabat istimewa di hati,
Kau ibarat ibarat bintang berkelip yang berharga untuk diri ini,
Walau apa penghujung ikatan ini,
Tetap ku ingat kau pernah berada di hati.



Monday, December 24, 2012

wahai gadis muda...


Wahai gadis muda,
Walau cetek dadamu tentang cinta,
Namun habis dirimu kau gadaikan semua,
Kau jual dirimu pada lelaki durjana,
Kau kata 'dia' jiwa dan raga,
Kau kata 'dia' segalanya,
Walau kau tahu akhirnya kau yang terluka,
Kau menanggung benih dosa,
Kau menanggung cacian dan segala hina,
Sendirian kau alir air mata,
Wahai gadis muda,
Pernahkah kau berfikir di sebalik waras minda?
Di manakah pergi 'dia' sang durjana?
Di manakah pergi segala kata dusta cinta?
Setelah habis tubuhmu dimamah oleh penafsu durjana,
Kerana malu kau buang jasad yang tidak berdosa,
Kau buang 'ia' umpama bangkai tidak bernyawa,
Di mana nalurimu pada benih yang kau anggap CINTA,
Kau terus menambah dosa yang ada,
Bertaubatlah wahai gadis muda,
Kembali kepada Yang Maha Esa,
Hanya DIA tempat kau meminta untuk menebus segalanya,
MARI BERSAMA MENUJU JALAN REDANYA...
*Jadilah sepert MAWAR BERDURI cantik dipandang tapi sakit bila dipegang...*


Dusta janjimu...


Satu kata ingin merungkai dengan hadirmu di sisi,
Walau hanya sesaat kau singgah di samping diri ini,
Ingin ku luah segala rasa hati,
Kenapa janji kau ukir di saat kau tak mampu penuhi,
Segala kalimah dustamu kau mungkiri,
Adakah kau menganggap ia hanya permainan kata hati?
Apa yang kau jangka daripada diri ini?
Tanganku kau genggam dengan ikatan janji,
Janji ingin merubah apa yang telah terjadi,
Namun janjimu kosong tanpa jawapan pasti,
Jangan kau ingin memperbodohkan buat yang kedua kali,
Hanya kerana anggapanmu semua ini hanya permainan janji,
Aku harap kau rela melepaskan aku pergi,
Kerana detik yang berlalu telah mendewasakan diri ini,
Aku mula mengorak langkah tanpa menoleh kembali,
Dengarlah kau coretan hati ini,
Janjimu datang dan pergi,
Namun semuanya tidak bermakna lagi,
JANGAN KAU BERDUSTA LAGI...





Sunday, December 23, 2012

Renovate hati,bersihkan jiwa...



Apakah ada yang tersembunyi di sebalik semuanya?
Wahai insan yang bernama manusia,
Di saat hatimu berkata tidak namun mulut berkata ya,
Di saat hatimu berbisik kebenaran namun mulutmu berbeza bicara,
Ada apa yang kau sembuyikan sebenarnya?
Pelbagai persoalan namun kosong jawapannya,
Di kala kau sembunyikan kebencian teralir darimu air mata,
Di saat kau sembunyikan pembohongan terlakar bibir dusta,
Di saat hatimu terluka kau sembunyi di sebalik riak gembira,
Adakah sukar bagimu merungkai segala?
Andai hatimu benci luahkan ia,
Andai kau ingin berdusta buanglah ia,
Andai kau ingin menangis luahkan ia dengan air mata,
Mungkinkah sukar untukmu melakukannya?
Benarkan benci di hatimu menjadi cinta,
Biarkan kebenaran mencorek segala dusta,
Izinkan sinaran senyuman mengganti hujan air mata,
Ukirlah pelangi di hatimu dengan bahagia,
Bisikan pujangga indah bersulam cinta,
Bersama sebarkan CINTA...



Saturday, December 22, 2012

Hadirmu kasih...



Kau hadir bersama bisikan bayu yang dingin,
Hadirmu melenyapkan segala kesunyian,
Namun masih ada satu janji belum kau tunaikan,
Janjimu untukku untuk meniup jauh irama kesepian,
Janji kau ukir demi ikatan percintaan,
Sejak itu pelbagai persoalan cinta mula terungkaikan,
Adakah ikatan ini sebuah pendustaan?
Mungkinkah rasa hati ini sebuah kesilapan?
Namun telah ku lontar jauh semua persoalan,
Kerana ia hanya permainan hati seorang insan,
Jika ikatan yang terjalin penuh ketulusan dan keikhlasan,
Tidak akan ada yang mampu menundukkan,
Cinta ibarat bunga api yang berpancaran,
Tidak akan sempurna tanpa kehadiran malam sebagai teman,
Seperti memori cinta walau dibakar menjadi abu beterbangan,
Namun sinar cinta itu sentiasa dalam ingatan,
Hadirlah kau kasih menjadi teman,
Hadirlah kau untuk melengkapan sebuah cerpen percintaan,
Hadirlah kau bersama pujangga madah yang kau ukirkan,
Hadirlah kau untuk melengkapi kekurangan,
Menyubur kasih yang abadi terjalin,
Bersama kalimah Allah kau melangkah dalam khayalan,
Seiring kalimah Allah kau wujud dalam kenyataan,
KASIH...




Berubah...



Wahai insan,
Tersingkap untukmu satu persoalan,
Ada apa pada kemenangan?
Ada apa pada keegoan?
Ada apa pada sebuah kesalahan?
Kenapa hatimu begitu gah pada kemenangan?
Kenapa hatimu begitu gah pada keegoan?
Kenapa hatimu lemah pada sebuah kesalahan?
Tidak mampu semua itu terungkaikan,
Tatkala sebuah kata dipalang oleh keegoan,
Tatkala sebuah kebenaran terlindung di sebalik kemenangan,
Tatkala sebuah kesalahan dicanang oleh kemarahan,
Mari bersama melangkah kepada perubahan,
Mengubah diri mencari sebuah jawapan,
Jawapan ke atas semua kekhilafan,
Membuang semua keegoan,
Agar hati senang dalam ketenangan,
Tersemat dalam hatimu sebuah keinsafan,
Akhir kata untukmu dariku sebuah kemaafan,
Kemaafan ku pinta atas semua kesalahan,
Mari bersama menuju perubahan,
Wahai insan yang aku anggap teman,
MAAF!!!

Friday, December 21, 2012

Lafaz kalimah cinta...



Pantas berlalu detiknya waktu,
Setiap detik berlalu tanpa ku tungu,
Telah lama ku simpan ungkapan ini untukmu,
Wahai kasih hanya kau satu dalam beribu,
Cintaku tulus padamu,
Akan ku ukir kalimah 'AKU CINTA PADAMU',
Agar ia sentiasa tersemat dalam lubuk sanubarimu,
Berdiriku sendiri terdiam membisu,
Hanya menunduk di sebalik bayang-bayangku,
Melodi cinta terdengar sayu,
Terulang nada sepi berlagu,
"Aishiteru", AKU CINTA PADAMU,
Simbol kesetianku untukmu,
Setiap detik berlalu kau sentiasa dalam ingatanku,
Setiap denyut nadiku berdetik bersamamu,
Setiap hembusan nafasku mengikut irama lagumu,
Setiap gerak jasadku seiring bayang-bayangmu,
Namun adakah diriku mampu?
Mampu mengungkap semua bisikan hatiku,
Biarlah takdir yang menentu,
Jika kau benar tercipta hanya untukku,
Membina SYURGA CINTA dunia dan akhirat...
 

Pergi...


Kau pergi tinggalkan aku sendiri,
Walau kau tahu ku amat merindui,
Langkah kau ambil terus menjauhi,
Belum sempat ku mengungkap hasrat hati,
Untuk sentiasa berada di sisi,
Berada di sampingmu sehingga akhir hayatku ini,
Pelbagai kata kau ucap sebelum kau pergi,
Walau kata itu sungguh menusuk bak sembilu di hati,
Namun tetap ku janji kasih abadi,
Agar kau sentiasa setia di sisi,
Namun segalanya sudah terlambat kini,
Aku bukanlah seperti dulu lagi,
Aku harus meneruskan hdup ini,
Tanpa kehadiranmu di sisi,
Kerana jasadmu tiada lagi,
Hanya cintamu setia menemani,
Yang tersisa hanya madah kau ukir untuk diri ini,
Menjadi pengubat di sanubari memori hati...
AKU IKHLASKAN PEMERGIANMU...




Wednesday, December 19, 2012

Assalammualaikum Cinta...

Salam perkenalan cinta,
Dirimu tak pernah ku kenali,
Kehadiranmu di sisi tidak ku sedari,
Hadirmu di sisi bersama seribu erti,
Cintamu hadir setulus hati,
Lafaz cintamu bersama ungkapan Ilahi,
Kau insan yang lama ku cari,
Untuk menjadi pemimipin diriku ini,
Membimbingku menuju reda Ilahi,
Saat kau datang ingin menyunting bunga mekar berseri,
Tidak kau datang hanya membawa diri,
Senaskhah al-Quran turut menemani,
Tanda cinta kerana Ilahi,
Walau ku tahu tidak sempurna cinta ini,
Biarlah hidayah Allah hadir untuk melengkapi,
Menunjuk jalan yang benar di akhirnya nanti,
Andai kau betul takdir yang hadir untukku ini,
Jadilah kau imam untukku di dunia dan akhirat nanti,
Bimbinglah aku menjadi makmummu seindah bidadari,
Membina cinta yang kekal abadi...
AMIN...



Saturday, December 15, 2012

Untukmu...



Untukmu Kasih,
Angin bayu di malam hari,
Menyelinap masuk dalam dingin diri,
Berbisik sayup berlagu sepi,
Dalam diam membawa seribu erti,
Menusuk seribu kerinduan dalam diri ini,
Merinduimu diri yang jauh dalam realiti,
Hanya bayanganmu menemani mimpiku,
Harapanku kau hadir di sisi,
Menemani hatiku di kala sepi,
Walau ku tahu sentiasa wujud antara kita secangkir kelahi,
Namun tidak pernah wujud sekelumit benci,
Andai mampu ku luah suara hati,
Akan ku ukir segala apa yang tersembunyi,
Namun hatiku tidak cukup berani,
Kerana ku khuatir kau akan menjauhi,
Biarlah aku simpan ia dalam peti hati,
Demi senyumanmu sesaat di sisi,
Semua aku lakukan ikhlas dan suci,
Hanya untukmu KASIH...


Ibu...


Ibu,
Di saat kau mengandungkan aku,
Di saat itu sembilan bulan aku menjadi bebanmu,
Namun tidak ada walau sesaat kau mengeluh untuk itu,
Di saat aku mula melihat dunia kau bri segalanya untukku,
Walau terpaksa kau mengorbankan kudratmu,
Namun bila aku dewasa telah aku lupakan semua itu,
Aku melupakan semua jasa dan pengorbananmu,
Banyak dosaku yang ku lakukan dalam khilafku,
Dalam sedarku seringku menyakitimu,
Namun tanpa ku sedari dalam diam kau memaafkanku,
Andai bisa ku putar waktu,
Akan ku hadiahkan hari esok hanya untukmu,
Akan ku membahagiakanmu,
Walau ku tahu ia tidak mampu menandingi pengorbananmu,
Namun izinkan impian itu menjadi realiti indah dalam hidupku,
Walau hanya untuk sesaat untukku melihat senyuman manis di bibirmu,
Ibu,
Kau ratu di hatiku,
Tidak ada dua hanya engkau yang satu,
Tidak ada selain dirimu,
Kaulah ibu dunia dan akhiratku,
TERIMA KASIH IBU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...