Thursday, June 5, 2014

Selamat Ulangtahun..


Selamat ulangtahun buat si jantung hati,
Maaf dipinta kerana alpa pada tarikh penting ini,
Hingga terlewat mengucap "SELAMAT HARI JADI",
Tiada bait indah seindah puisi,
Tiada jua ucapan semanis kasturi,
Tiada hadiah mahal untuk diberi,
Hanya puisi ini sebagai pengganti,

Selamat ulangtahun si jantung hati,
Semoga lebih barakah pada tahun ini,
Semoga tercapai apa yang diingini,
Semoga sentiasa tersenyum melayari bahtera hudp ini,
Semoga menjadi sahabat yang sentiasa menggembirakan hati,

Selamat ulangtahun si jantung hati,
Bukan sengaja lewat melafaz ucap "SELAMAT HARI JADI"
Kerna aku ingin puisi ini menjadi yang teratas di post nanti,
Sama seperti dirimu yang sentiasa teratas di hati ini,
Ikhlas dari yang sentiasa mengingati dan tidak akan melupai... 



Wednesday, April 2, 2014

Letih...



Letih aku dengan semua ini,
Umpama katak bernyanyi sendiri,
Hanya bersuara tapi dihindari,
Cuba mendekati tapi semua menjauhi,
Mencari makna dalam sebuah erti,
Dipulaukan di pulau tanpa penghuni,
Dibuang seperti kertas yang dikotori,

Letih aku dengan semua ini,
Hanya mampu menangis dalam hati,
Menahan sebak jauh di sanubari,
Namun tidak ada yang mengerti,
Tidak ada yang menghampiri,
Hilang jauh terus berlari,
Tanpa tanda untuk kembali,

Letih aku dengan semua ini,
Lebih baik aku mengundur diri,
Lebih baik aku lenyap daripada dunia ini,
Kerna aku tahu tidak ada akan peduli,
Tidak ada yang akan mengingati,
Biar Allah menjadi saksi,
Bahawa aku letih dengan semua ini...





Monday, March 24, 2014

Sendiri...


Sendiri,
Itulah bait kata sebagai simbol diri ini,
Tanpa ada teman yang menemani,
Tanpa ada sahabat yang berada di sisi,
Tidak ada tempat meluah rasa hati,
Tidak ada bahu untuk aku sandari,
Tidak ada tangan untukku genggami,

Sendiri,
Mungkin ini balasan untuk dosaku selama ini,
Mungkin ini ujian utntukku tempuhi,
Mungkin ini dugaan untkku layari,
Mungkin ini kerana khilafku sendiri,
Khilaf kerana ego diri,
Kerana tidak mampu mengaku khilaf diri,

Sendiri,
Walau selautan api aku renangi,
Walau berbatu ganang aku redahi,
Mungkin tidak mampu untuk menghapus rasa benci,
Rasa benci daripada mata yang mememrhati,
Rasa jijik daripada insan di sekeliling diri,
Rasa hina daripada mereka yang pernah aku sakiti,

Sendiri,
Mungkin ini yang terbaik untukku kini,
Sendiri dalam sebuah sepi,
Sendiri dalam bahagia yang tidak beerti,
Sendiri dalam lautan air mata yang tidak ada henti,
Aku hanya berserah padaMu Ilahi,
Kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Wasalam..............



Friday, January 3, 2014

Pilu...



Rasa yang indah bertukar pilu,
Awan yang cerah turut berlalu,
Awan mendung mengundang lalu,
Begitulah rasa di hatiku,
Bila sebuah keikhlasan dipijak begitu,
Retak menanti punah di hatiku,
Mengukir senyuman pun aku dah tak mampu,
Hati yang berbunga bertukar layu,

Rasa yang indah bertukar pilu,
Bila ketulusan yang sebenarnya hilang sahaja begitu,
Setelah 'sakit' yang kau beri itu,
Kasih yang tulus menjadi palsu,
Salam persahabatan menjadi dusta untukku,
Membuat dendam tak berpenghujung berputik selalu,
Namun akankah kau fahami itu?
Mampukah diubati luka berdarah itu?

Rasa yang indah bertukar pilu,
Mungkin aku tak layak unuk menjadi sahabatmu,
Untuk berdamping di sisimu selalu,
Aku cuba mengerti itu,
Aku cuba mencabut duri sembilu,
Mencari penawar dalam mendekati kasih Allah yang selalu ada untukku,
Walau ku tak mampu mendapat kasihmu,
Namun aku tahu kasih Allah selalu ada untukku,
InsyaAllah kasih yang abadi sehingga akhir hayatku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...