Wahai gadis muda,
Walau cetek dadamu tentang cinta,
Namun habis dirimu kau gadaikan semua,
Kau jual dirimu pada lelaki durjana,
Kau kata 'dia' jiwa dan raga,
Kau kata 'dia' segalanya,
Walau kau tahu akhirnya kau yang terluka,
Kau menanggung benih dosa,
Kau menanggung cacian dan segala hina,
Sendirian kau alir air mata,
Wahai gadis muda,
Pernahkah kau berfikir di sebalik waras minda?
Di manakah pergi 'dia' sang durjana?
Di manakah pergi segala kata dusta cinta?
Setelah habis tubuhmu dimamah oleh penafsu durjana,
Kerana malu kau buang jasad yang tidak berdosa,
Kau buang 'ia' umpama bangkai tidak bernyawa,
Di mana nalurimu pada benih yang kau anggap CINTA,
Kau terus menambah dosa yang ada,
Bertaubatlah wahai gadis muda,
Kembali kepada Yang Maha Esa,
Hanya DIA tempat kau meminta untuk menebus segalanya,
MARI BERSAMA MENUJU JALAN REDANYA...
*Jadilah sepert MAWAR BERDURI cantik dipandang tapi sakit bila dipegang...*


http://princeady.blogspot.com/ ( Prince Ady ), thnx...if any comment dun b shy to share tomimprove my writing... tq
ReplyDeleteperkongsian yang bagus :) baru follow sini. ni blog saya http://amelyusoff.blogspot.com
ReplyDeletetima kasih, trus menyokong penulisan saya ya.... blog awak akan saya follow... TQ :)
Delete