Tuesday, April 30, 2013

Ternyata Kau Sama Sahaja...




Wahai insan, 
Saban hari aku menjengahmu,
Dalam diam aku menyingkap tirai kamarmu,
Namun itu hanya "semak" bagimu,
Setiap langkah aku mengorak untuk sentiasa di sampingmu,
Namun kau ternyata tidak memerlukan itu,
Walau jarak kita hanya sebatu,
Namun terasa seperti jarak bergunung beribu,
Aku sangka kau paling memahami setiap kedegilanku,
Harap kau mampu menegur lagak egoku,
Tapi ternyata kau tidak seperti itu,
Kau biarkan aku terus membisu,
Tanpa sepatah bicara yang terluah olehmu,
Wahai insan,
Aku menyangka ada ikatan ikhlas antara kau dan aku,
Namun ia hanya dusta yang tidak menentu,
Semakin aku membisu semakin kau jauh dariku,
Walau aku takut untuk kehilanganmu,
Tapi dalam realiti aku tidak pernah ada untukmu,
Langkahku terus menjauhimu kerana itu,
Aku takut diri aku tidak mampu,
Tidak mampu untuk menahan air mata yang jatuh saat aku buntu,
Aku belajar untuk tabahkan hati untuk itu,
Aku berharap untuk tidak lagi melihatmu,
Kerna aku takut dendam yang wujud akan membara di hatiku,
Maafkanku tidak mampu membencimu,
Harap kau akan mula mengerti semua ini dalam benak hatimu,
Akhir lafaz dariku,
Selamat tinggal yang pernah aku anggap sahabat suatu saat dahulu.
GOODBYE...


Wednesday, April 24, 2013

Harapan Anganku...




Harapan anganku,
Setiap detik waktu aku mngetuk pintu hatinya,
Dengan harapan dia mnyedarinya,
Walau ku tahu itu semua hanya sia-sia,
Kerana tidak sekali pun namaku terdetik di hatinya,
Namun aku masih berharap dia hadir walau hanya sesaat sahaja,
Harapan anganku,
Harapan yang ku harap hanya sebuah kepalsuan untuknya,
Setiap detik hadirku hanya sebuah bayangan baginya.
Namun aku musykil tentang satu perkara,
Mungkinkah segalanya hanyalah sebuah dusta,
Segala rasa yang tercipta hanya khayalan semata-mata,
Khayalan yang dibina dalam pembohongan kata,
Harapan anganku,
Dalam dusta kata telah merubah aku secara keseluruhannya,
Senyum tawa yang pernah aku ukir hilang begitu sahaja,
Hilang semuanya bersama air mata,
Kini hanya dendam dan benci yang tersemat di dada,
Melenyapkan segala rasa sayang dan cinta,
Aku menjadi pendendam dalam khayalan yang aku sendiri bina,
Mungkin ini penamat bagi segala dusta yang terpendam begitu lama,
Segala harapan anganku yang telah musnah tidak akan kembali semula,
Aku reda dalam takdirMu Yang Maha Kuasa,
Aku tidak minta rasa cinta itu muncul semula,
Aku hanya minta redaMu sahaja,
Sentiasa menemani setiap sunyi sepi yang tersembunyi di sebalik air mata.
Amin....




Monday, April 22, 2013

Ayah...




Ayah,
 Hadir dirimu telah membawaku dunia,
Aku bersyukur dengan segalanya,
Walau kasihmu hanya sebatas di dunia,
Namun pengorbananmu kekal sehingga ke syurga,
Dengan kudratmu kau mencari nafkah mencari keluarga,
Walau lelah tidak sekali kau mengeluh itu semua,
Penuh tulus kau menabur jasa,
Demi mengharap anak-anakmu mampu menjadi insan berguna,
Dalam setiap sujud dan doa,
Setiap saat  kau memohon kepada Yang Maha Esa,
Kau kirimkan doa agar anak-anakmu menjadi insan yang berjaya,
Ayah,
Walau sering hatimu ku lukakan ia,
Tatkala setiap tutur lidahku terlanjur kata,
Namun tidak sekali kau berpaling muka,
Dalam sedih dan gembira,
Kau menemani anak-anakmu dengan setia,
Tatkala aku berputus asa,
Kau ada untuk memberi semangat agarku mampu bangun semula,
Ayah,
Dalam senyum kau sembunyi air mata,
Dalam susah kau menahan segala duka,
Kau pancarkan senyuman pada muka,
Agar kami tidak perasan beban yang kau tanggung untuk kami semua,
Namun izinkan kami brkongsi segalanya,
Agar kami lebih menghargai setiap lelah kudrat yang sebenarnya,
Tidak mampu tergambar tanpamu di sisi kami semua,
Semoga kami menghargai setiap pengorbanan dan jasa,
Hanya kaulah satu-satunya raja yang bertahta,
Setiap hembusan nafas kami namamu tersebuat dalam bisikan doa,
Agar dirimu sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa,
Amin....


Saturday, April 20, 2013

Ketulusan Hati...




Ketulusan hati,
Itulah yang mampu ku akui,
Kala hati ini sering terluka dan tersakiti,
Segala sakit hanya mampu untukku tangisi,
Di saat air mata jatuh membasahi bumi,
Aku harap akan ada insan yang bergelar SAHABAT untuk mengusapi,
Namun ternyata itulah semua hanyalah khayalan mimpi,
Tatkala aku berpaling mnoleh ke sekeliling diri,
Ternyata aku hanya bersendiri,
Namun setulus hati aku menerima semua ini,
Kerana aku tahu Allah tidak akan membiarkan aku sendiri,
Rahmat Allah sentiasa ada di sisi,
Walau selautan air mata bergenang lagi,
Walau luka lama mula berdarah kembali,
Aku tahu Allah ada untuk mendengar semua isi hati,
Aku tahu semua ini adalah ujian daripa Ilahi,
Agar aku mampu bangun daripada jatuhku ini sendiri,
Agar aku mampu berdikari,
Walau tiada sesiapa yang ada di sekelilingku kini,
Aku pasrah dan reda dalam takdirMu ini,
Mungkin ini yang terbaik untukku mencari ketulusan hati,
Belajar untuk membersihkan kotoran,
Belajar untuk membuang segala hasad dengki,
Dengan namaMu Allah aku ikhlaskan hati ini,
Demi mencari hidayah yang telah lama ku cari,
Untukku mendapat ketulusan hati yang abadi.




Tuesday, April 16, 2013

Sedetik Cinta



Perkahwinan indah yang didamba,
Hancur semua sekelip mata,
Musnah cinta kerana mengejar cita,
Mahligai indah hilang begitu sahaja,
Tanpa disedari diri menjadi mangsa,
Mangsa sebuah ikatan paksa,
Namun harus tabah menerima takdir dariNya,
Atas nama maruah keluarga yang dijaga,
Ikatan suci yang terjalin ibarat neraka,
Membuat jiwa terseksa dan merana,
Lelaki yang disangka imam yang mampu memimpin bahtera,
Rupanya pendendam dalam mimpi silamnya,
Tetap tetap dituruti semua kehendaknya,
Demi mengharap sebuah keabadian syurga cinta,
Ternyata kesabaran hati bukan sia-sia,
Akhirnya terdetik sebuah rasa cinta,
Itulah dia sedetik cinta,
Benih cinta mula tertanam mengkabus benci dan dusta,
Semoga rasa ini berkekalan selamanya,
Agar mampu terbina syurga indah antara kau dan dia,
InsyaAllah hubungan yang terikat dalam redaNya,
Tidak akan rapuh walau badai dilanda,
Terus kukuh hingga ke syurga cinta,
Membina ikatan tulus abadi hingga akhir hayat bersama,
Amin...


Friday, April 12, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Sebenarnya saya isteri dia,
Status yang mampu ku akuinya,
Tidak kuat untuk aku memikulnya,
Kau hadir dalam sekelip mata,
Menjadi imamku dalam takdirNya,
Ikatan terjalin tanpa rasa cinta,
Ikatan bermula dari sebuah fitnah sang durjana,
Fitnah yang telah merobek kesucian sebuah cinta,
Ikatan halal terjalin kerana terpaksa,
Lafaz diucap tanpa rela,
Itulah detik bermula segalanya,
Ikatan suci tersembunyi antara kau dan dia,
Kerana malu kau turuti segalanya,
Namun detik waktu mengubah segala,
Dalam hati mula terdetik rasa cinta,
Rasa cinta dalam mengharap redaNya,
Itulah tanda kebesaranNya,
Semoga jodoh ini berkekalan selamanya,
Membawa kasih suci ke syurga cinta...


Tuesday, April 9, 2013

Bukan Dia Tapi Aku...



Bukan dia tapi aku,
Aku yang sentiasa dilukai,
Berulang kali kau terus melukai,
Dilukai hingga meningggalkan parut sekali,
Namun aku terus tabahkan hati,
Kerna aku tidak ingin mensiakan pengorbanan ini,
Aku bersabar dengan luka yang kau beri,
Tidak akan aku mengeluh lagi,
Namun terpaksa aku akui,
Betapa beratnya hati untuk menerima semua ini,
Sakitnya tidak mampu ku menampungnya sendiri,
Aku terus menanam benih cinta untukmu wahai cinta hati,
Aku terus mengalah dalam memenangi hati,
Aku menahan segala hina dan caci,
Aku menerima kau apa adanya wahai sang suami,
Kerna aku ingin kau tahu betapa besarnya cintaku ini,
Harusnya kau mampu sedari,
Aku menahan segala benci,
Aku memberi seribu cinta untukmu membuang segala rasa benci,
Sedetik cinta terus aku menanti,
Walau tidak terjangkau waktunya lagi,
Akhir kata dari lubuk hati,
Aku ingin kau ketahui yang satu ini,
Bahawa hatiku ini untuk yang ikhlas memiliki,
Bukan untuk terus disakiti,
Bersama menanti hadirnya SEDETIK CINTA....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...