Tuesday, April 30, 2013

Ternyata Kau Sama Sahaja...




Wahai insan, 
Saban hari aku menjengahmu,
Dalam diam aku menyingkap tirai kamarmu,
Namun itu hanya "semak" bagimu,
Setiap langkah aku mengorak untuk sentiasa di sampingmu,
Namun kau ternyata tidak memerlukan itu,
Walau jarak kita hanya sebatu,
Namun terasa seperti jarak bergunung beribu,
Aku sangka kau paling memahami setiap kedegilanku,
Harap kau mampu menegur lagak egoku,
Tapi ternyata kau tidak seperti itu,
Kau biarkan aku terus membisu,
Tanpa sepatah bicara yang terluah olehmu,
Wahai insan,
Aku menyangka ada ikatan ikhlas antara kau dan aku,
Namun ia hanya dusta yang tidak menentu,
Semakin aku membisu semakin kau jauh dariku,
Walau aku takut untuk kehilanganmu,
Tapi dalam realiti aku tidak pernah ada untukmu,
Langkahku terus menjauhimu kerana itu,
Aku takut diri aku tidak mampu,
Tidak mampu untuk menahan air mata yang jatuh saat aku buntu,
Aku belajar untuk tabahkan hati untuk itu,
Aku berharap untuk tidak lagi melihatmu,
Kerna aku takut dendam yang wujud akan membara di hatiku,
Maafkanku tidak mampu membencimu,
Harap kau akan mula mengerti semua ini dalam benak hatimu,
Akhir lafaz dariku,
Selamat tinggal yang pernah aku anggap sahabat suatu saat dahulu.
GOODBYE...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...