Wednesday, June 5, 2013

Bodohkah aku...



Bodohkah aku,
Membiarkan diri aku untuk diperalatkan,
Membiarkan diri aku menjadi permainan,
Membiarkan diri aku menjadi sebuah penghinaan,
Membiarkan diri aku tertipu dengan sebuah kemaafan,
Membiarkan aku tertipu dengan sebuah dusta persahabatan,
Bodohkan aku,
Setiap saat air mata aku titiskan,
Setiap saat hati ini aku tabahkan,
Setiap saat nafsu amarah ini cuba aku tahan,
Setiap saat aku hidup dalam sebuah penyesalan,
Namun  mampukah aku untuk terus meneruskan,
Mampukah aku menarik nafas lega dalam satu penantian,
Bodohkan aku,
Berpura-pura tabah dalam sebuah keegoaan,
Cuba sembunyi air mata dalam ukiran senyuman,
Cuba ketawa dalam redup kesunyian,
Cuba mencari sinar dalam sebuah kegelapan,
Namun semuanya hanya sia-sia untukku lakukan,
Semua dusta ini harus aku lakukan,
Semua dusta ini harus aku jauhkan,
Aku harus terus maju ke hadapan,
Melupakan sejarah silam yang memerihkan,
Mencari sebuah kekuatan,
Kerana walau apa yang berlaku aku masih adaMu Tuhan,
PadaMu jiwa dan raga aku serahkan,
Kerana setiap liku hidupku telah Engkau,
Kebahagiaan atau penyesalan,
Aku terima dengan penuh keredaan,
Kerana itulah hala tuju yang Engkau takdirkan,
Aku pasrah hanya padaMu Tuhan,
Wahai Allah Tuhan Sekalian Alam...


Tuesday, June 4, 2013

Mungkinkah Mungkin Semua Ini...



Mungkinkah mungkin semua ini,
Inilah hasrat hati yang aku ingin luahkan kini,
Tentang hidup yang ibarat layang-layang yang terputus tali,
Pelbagai persolan yang datang bertubi-tubi,
Dapatkah aku melalui liku ini hidup sendiri?
Tanpa sokongan untukku terus majukan diri,
Tanpa tongkat untukku menongkah bila kaki ini tidak mampu berdiri sendiri,
Tanpa tangan yang memapah bila aku terjatuh lagi,
Mungkinkah mungkin semua ini,
Dengan lemah kudratku aku mencuba berdiri,
Menahan segala perih dalam luka sakit ini,
Tanpa aku sedari air mata mengalir sendiri,
Mengalir membasahi pipi,
Mungkinkah akan ada tangan yang terhulur untuk mengusapnya nanti,
Mungkin akan ada suara indah yang datang mengiri,
Mengiringi perjalananku dengan senaskhah motivasi,
Atau hanya akan ada sura sumbang yang iri hati,
Mungkinkah mungkin semua ini,
Penantian akan berakhirnya kisah sedih ini,
Agar aku mampu membuka lembaran baru di esok hari,
Melupakan segala kepahitan yang aku harungi,
Cuba mengukir secangkir senyuman seindah mentari pagi,
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani,
Dengan namaMu Ya Allah aku cuba tabahkan diri,
Aku berlindung memohon sepayung kasihMu Ya Ilahi,
Menerangi setiap jalan kegelapan yang aku lalui,
Agar aku temui cahayaMu di akhir musafir ini,
Demi mencari bahagia yang hakiki,
InsyaAllah sehingga firdausMu yang kekal abadi,
amin...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...