Wednesday, June 5, 2013

Bodohkah aku...



Bodohkah aku,
Membiarkan diri aku untuk diperalatkan,
Membiarkan diri aku menjadi permainan,
Membiarkan diri aku menjadi sebuah penghinaan,
Membiarkan diri aku tertipu dengan sebuah kemaafan,
Membiarkan aku tertipu dengan sebuah dusta persahabatan,
Bodohkan aku,
Setiap saat air mata aku titiskan,
Setiap saat hati ini aku tabahkan,
Setiap saat nafsu amarah ini cuba aku tahan,
Setiap saat aku hidup dalam sebuah penyesalan,
Namun  mampukah aku untuk terus meneruskan,
Mampukah aku menarik nafas lega dalam satu penantian,
Bodohkan aku,
Berpura-pura tabah dalam sebuah keegoaan,
Cuba sembunyi air mata dalam ukiran senyuman,
Cuba ketawa dalam redup kesunyian,
Cuba mencari sinar dalam sebuah kegelapan,
Namun semuanya hanya sia-sia untukku lakukan,
Semua dusta ini harus aku lakukan,
Semua dusta ini harus aku jauhkan,
Aku harus terus maju ke hadapan,
Melupakan sejarah silam yang memerihkan,
Mencari sebuah kekuatan,
Kerana walau apa yang berlaku aku masih adaMu Tuhan,
PadaMu jiwa dan raga aku serahkan,
Kerana setiap liku hidupku telah Engkau,
Kebahagiaan atau penyesalan,
Aku terima dengan penuh keredaan,
Kerana itulah hala tuju yang Engkau takdirkan,
Aku pasrah hanya padaMu Tuhan,
Wahai Allah Tuhan Sekalian Alam...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...