Sejarah lalu.
Peristiwa yang tidak ingin aku ingati,
Peristiwa hitam yang ingin aku lupai,
Kerana ia telah mengubah seluruh diri ini,
Peristiwa yang telah merobek kesucian diri,
Membuatkan diriku tak seperti dulu lagi,
Membuatku aku tidak percaya pada hidup ini,
Hingga hampir tersasar dari landasan Ilahi,
Tersasar ke dunia norma Lut yang dimurkai,
Sejarah lalu,
Mengingatkan aku tentang kebodohan diri,
Kebodohan dalam melindungi maruah diri,
Betapa lemahnya kudrat ini,
Kerna tak mampu menumpaskan syaitan durjana lelaki,
Akhirnya aku hidup dalam penyesalan sehingga kini,
Kerna ku tahu masa yang berlalu tak akan berputar kembali,
Kini ku membina kekuatan hati,
Agar mampu meneruskan sisa hidup ini,
Kerana hari esok belum tentu aku miliki,
Kerna itu adalah takdir Ilahi,
Sejarah lalu,
Ya Allah bantulah dalam membina kekutan diri,
Agar terus berada di jalanMu bersama sinarMu menerangi,
Pulihkan kekuatan diri yang semakin lemah kini.
*bersama menjaga kehormatan demi keharmonian*


No comments:
Post a Comment