Rasa ini,
Lahir tanpa aku sedari,
Muncul tanpa akal sedar diri ini,
Terdetik kerana keinginan rasa hati,
Wujud kerana melihat 'keindahan' daripada Ilahi,
Kecantikan yang telah menggerak rasa hati,
Tidak ku tahu bilakah ia mula merasuk diri,
Merasuk sehingga ku hilang kewarasan diri,
Hingga ku hidup dalam sebuah khayalan realiti,
Menginginkan dirinya hadir di sisi,
Rasa ini,
Mampukah aku tempuhi?
Mampukah aku mengelakkan diri?
Bila hadir si 'dia' sering menganggu detikan hati,
Hadirnya membawa kepantasan nadi,
Hingga hampir membawa 'letupan' hati,
Walau aku cuba hindari,
Namun rasa ini kuat mencengkam hati,
Hingga sesak setiap hembusan nafas diri,
Rasa ini,
Walau ku tahu ia melanggar norma Ilahi,
Tapi aku tak mampu mengawalnya lagi,
Setelah melihat 'kecantikan' si jantung hati,
Bidadari terindah ciptaan Ilahi,
Membuat jantung ini terus berdegup laju lagi,
Ya Allah bantulah hambaMu ini,
Keluar dari kemelut rasa ini,
Agar lebih tenang hati ini...
InsyaAllah





