Ini madah bukan sembarangannya,
Memberi pedoman untuk anda dan saya,
1, 2, 3, 4, dan lima terus bermula,
Biar tidak cantik pada rupa,
Jangan buruk di dalam hatinya,
Jaga tingkah juga jaga kata,
Takut nanti semuanya makan diri sahaja,
Jangan mengeji darah warisan jika membencinya,
Jangan menghina dengan menyumpahnya,
Cukup sekadar menasihatinya,
Ada masa hanya memendam di hati sahaja,
Bila terluah habis keluar semuanya,
Sumpah seranah umpama binatang yang tak ada adabnya,
Luah segala dengan lantangnya,
Begitu bangga menyumpah keturunan darah warisan bersama,
Kita Melayu ada adabnya,
Mulakan nasihat baru mendidiknya,
Jangan terus menghakimi tanpa usul periksanya...
Sekian...


No comments:
Post a Comment