Datang tanpa disedari,
Membawa makna dalam sejuta erti,
Membawa kehendak dari Ilahi,
Menjemput jiwa-jiwa yang diingini,
Namun adakah kita sedar akan semua ini.
Mati,
Andai itu sebuah ketetapan yang pasti,
Aku belajar untuk menerima setiap yang terjadi,
Kerana itu Qadar' dan Qadar janji Ilahi,
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai,
Aku reda tanpa perlu ditangisi insan yang pergi.
Mati,
Mungkin itu satu petunjuk kepada diri,
Agar kembali ke jalan kebenaran syurgawi,
Mencari hidayah menerangi kegelapan hati,
Mencari kasih Ilahi yang kekal abadi,
Agar tiada penyesalan di akhir nanti.
Mati,
Jika seru telah hadir menjemput diri,
Jemputlah daku dalam sebaik hikmah insani,
Lindungi jasadku dari seksaan bumi,
Lebarkan sayap jibril melidungi rohku nanti,
Mengiri dalam amalan menuju syurga abadi...


