Wahai sayang, hanya dirimu yang aku cinta,
Selamanya hanya dirimu yang bertakhta,
Aku hanya cintamu sahaja,
Walaupun itu, cinta yang paling agung hanya milik Yang Maha Esa,
Selamanya cinta,
Berada di sisi dengan setia,
Kau ku genggam eratnya,
Mengusap setiap titisan air mata,
Mengubat setiap bait luka,
Kerna zahirku turut terluka,
Selamanya cinta,
Setiap malam wajahmu membayangi mimpi maya,
Walau sebatas bayangan sahaja,
Hadirmu dalam realiti akan ku jaga,
Kerna dirimu yang aku punya,
Kerna dirimu yang aku perlu sahaja,
Selamanya cinta,
Kala aku sedih kau bawa bahagia,
Hilang duka dalam kehangatan cinta,
Bahumu ku sandar mesra,
Kala aku jatuh tangan lembutmu menyambut mesra,
Memberi kekuatan untukku bangkit semula,
Selamannya cinta,
Cinta sejati membawa syurga,
Membina mahligai indah kita berdua,
Dalam redaNya selamanya...

No comments:
Post a Comment