Aku juga seorang wanita,
Yang ingin dibelai dan dimanja,
Yang juga berhati selembut sutera,
Yang juga ego dalam amarah jiwa,
Yang juga tewas dalam penyesalan di akhirnya.
Aku juga seorang wanita,
Mudah merajuk tanpa ketahuan hala,
Mudah terasa tanpa sebab yang seutuhnya,
Mudah marah tanpa kawalan akal minda,
Mudah kecewa bila harapan menjadi palsu diakhirnya,
Aku juga seorang wanita,
Tidak kuat bersendiri dalam dilema,
Tidak kuat berdiam tanpa suara,
Tidak kuat menahan segala duka,
Tidak kuat menangis dalam ketawa,
Aku juga seorang wanita,
Perlu sahabat yang ada sentiasa,
Perlu sahabat menemani sentisasa,
Namun tidak perlu setiap detik cukup sekadar ada,
Kerana aku tidak kuat sendiri menghadapinya.
Kerna aku juga seorang wanita....


No comments:
Post a Comment