Dendam,
Inilah rasa yang sering menyelubungi tirai kamar hati,
Rasa yang hanya memakan diri,
Membuat hidupku tersasar daripada landasan kebenaran Ilahi,
Membuatku menjadi insan yang tidak kenal erti 'MENCINTAI',
Membuatku menjadi insan yang hanya tahu 'MEMBENCI',
Aku hilang dalam larva DENDAM yang berapi,
Ini membuatkan hati ini sering berbisik sendiri,
Dari mana rasa ini hadir dan terus menghantui,
Dendam,
Adakah kerana aku sering dikhianati ?
Adakah kerna aku sering dipinggiri ?
Adakah kerna aku sering dibenci ?
Atau ia berpunca daripada khilaf sendiri,
Kerna ego diri yang terlalu tinggi.
Kerna rasa cinta yang semakin pudar di hati,
Entahlah aku sendiri masih mencari-cari,
Mencari jawapan yang aku sendiri tidak pasti,
Dendam,
Mampukah aku memadam api dendam ini ?
Membuka lembaran baru dalam naskhah kehidupan ini,
Membuat anjakkan paradigma membaiki diri,
Agar menjadi manusia yang mempunyai HATI,
Melupakan segala sejarah hitam yang telah terjadi,
Dan mencoret sejarah baru yang indah sekali,
Kerna sesungguhnya dendam ini hanya akan memakan diri,
Ya Allah bantulah aku dengan cahaya hikmahMu yang abadi,


No comments:
Post a Comment