Masihkah ada?
Rasa hati untuk melupakan,
Setelah janji yang terpahat dimusnahkan,
Dihancurkan ibarat batu konkrit bangunan,
Tiada kata yang mampu terluahkan,
Walau jasad tidak merasa kesakitan,
Namun hanya batin yang merasa kedukaan,
Mungkin ini kerana diri ini yang terlalu mengharapkan,
Mengharapkan hadirnya sebuah keajaiban,
Masihkah ada?
Bibit kenangan yang mampu menutup sebuah pendustaan,
Sebait ayat yang mampu merawat kesakitan,
Senaskhah madah sebagai peneman,
Secangkir sokongan sebagai sebuah kekuatan,
Walaupun aku tahu itu semua hanya impian,
Impian yang mustahil dalam sebuah realiti,
Tidak ada guna bila ia hanya harapan seorang insan,
Tapi bahan ketawa sebagai gurauan,
Akhir kata dalam satu hembusan,
Janganlah kau memahat sebuah perjanjian,
Jika kau masih belum ada kepastian,
.jpg)




