Membisik lembut di cuping telingaku,
Adakah semua ini kerana kebodohanku ?
Akhirnya semua ini berlaku,
Bukan maaf atau simpati yang aku perlu,
Kerna aku tahu itu semua palsu,
Hanya ungkapan dusta dalam mengaburi mata hatiku,
Aku cuba menahan amarahku,
Aku cuba membuang egoku,
Aku cuba mencari titik kesabaranku,
Namun itu semua tidak berguna bagiku,
Bukan alasan yang aku mahu,
Setelah helah telah terbaca oleh mata hatiku,
Jangan menyalahkan gajah di seberang laut itu,
Apabila kuman di hadapanmu kau tepiskan begitu,
Tidak akan ada yang kedua bila yang pertama musnah seperti itu,
Biarlah detik putaran waktu yang menjadi penentu,
Tidak ada kata yang terluah dariku,
Biarlah ia menjadi rahsia hatiku,
Menutup segalanya di sebalik membisuku,


No comments:
Post a Comment