Sunday, October 21, 2012

Nasib Palestin...


Di saat kami hidup gembira,
kau di sana hidup menderita,
di saat kami di sini mengukir senyuman gembira,
kau di sana menitis air mata derita,
di saat kami lalai dalam kehidupan dunia,
kau di sana tidak mampu untuk sesaat bergembira,
di saat aku gentar untuk bertempur menentang pendusta,
kau di sana siang dan malam bertempur tanpa terlelap mata,
hanya doa mampu ku hulur untukmu di sana,
agar kau mampu bertempur dengan jayanya,
bertempur dengan keberanian yang kau ada,
semoga Allah berada di sampingmu sentiasa,
semoga kau terbebas daripada belenggu seksa,
lahir sinar bahagia,
mampu kau ukir senyuman semula.



Saturday, October 20, 2012

assignment oh assignment...


perjalanan ku bermula apabila pena mula bergerak memulakan langkah. sebagai pelajar universiti kita tidak akan lari daripada tugasan yang yang banyak yang diberikan oleh pensyarah. walaupun pada mulanya hati ini ingin mengeluh, tapi apabila memikirkannya sebagai satu tanggungjawab tetap juga melaksankannya. namun, yang tidak boleh tahan kena apabila assignment tu dalam bahasa Inggeris, rasa hati macam nak campak je kepala ni atas kati dan terus Zzzzzzzz.... hahaha tapi layankan jelah...nak tak nak mmg kena buat...ok!!! kpd kawan2 yg stress sbb bnyk assignment mari kita tidur sebntar kmudian sambung balik.....huhhuhuhuhuu...tp ingt tidur sbntar je, jgn nk mlebih plak t assignment ke laut kwn suma ke alam mimpi... apa pun x jd ....!!! heheheh... ok lah saya nak sambung assignment saya yg brlambak ni... BYE....

Wednesday, October 17, 2012

MAAF...


MAAF.
Adakah hanya sebuah ungkapan?
Mampukah hati membenarkan?
Mampukah MAAF menundukkan keeogan?
Adakah cukup sekadar memohon keMAAFan?
Adakah ikhlas hati memberi keMAAFan?
Walau beribu persoalan,
tetap tidak mampu memberi satu kepastian,
tatkala diri sering melakukan kesalahan,
tatkala itu mulut memohon keMAAFan,
Adakah ungkapan MAAF hanya sebuah madah gurauan?
tanpa sebuah keikhlasan,
mampukah kata maaf menjadi sebuah keinsafan?
tanya dalam lubuk hati sebuah kebenaran,
jika tidak mahu akhirnya sebuah penyesalan,
agar ungkapan tidak menjadi sebuah permainan,
permainan hati-hati manusia yang penuh pendustaan,
jadikanlah MAAF sebuah pengakhiran sebuah kesalahan,
agar hati tidak terbeban,
kerana hidup di dunia hanya sebuah pinjaman,
manusia tidak lari daripada kesilapan,
jadikanlah MAAF itu sebuah pedoman,
di kala hati inginkan sebuah perubahan.

OH Malam...


Di kala malam berlalu pergi,
Di kala hati terkurung sendiri,
Di kala dingin angin brtiup sayu kini,
Di kala air mata tidak mampu mengalir lagi,
Di kala senyuman tidak mampu ku ukir lagi,
Hanya bulan dan bintang mampu menjadi saksi,
Hanya kedinginan malam setia menemani,
Di kala cahaya bulan tidak menerangi,
Kala titisan hujan menutup keindahan malam ini,
Namunku masih bersyukur pada Ilahi,
Kerana memberi peluang untukku menikmati,
walau hanya sebentar keindahan malam ini,
kerana esok belum tentu hadir untuk diri,
Biarlah setiap detik berlalu menjadi kenangan terindah di dalam fantasi,
Walau perih untukku hadapi,
biarlah ku hadapinya dalam realiti fantasi,
biarlah ku tempuhnya dalam keindahan mimpi,
semoga itu semua menjadi saat yang mampu untukku simpan di hati,
menjadi malam terakhir yang bermakna dalam diri.
Biar nafasku bertiup sayu bersama bayu malam ini.
INDAHNYA MALAM...

 

Friday, October 12, 2012

sehelai daun bersendirian...


wahai daun kenapa kau bersendirian,
adakah kau tidak ada sesiapa sebagai teman?
adakah kau sendiri kerana kesedihan?
adakah kau sendiri kerana mencari erti kebahagian?
soalan bertubi aku lontarkan,
tapi tidak ada satu pun yang mempunyai jawapan,
mungkinkah kau takut untuk menceritakan?
mungkinkah kau gusar dalam kebimbangan?
kenapa kau diam tanpa meluahkan?
tidak ada apa lagi mampu ku lakukan,
ku beri kau masa untuk memberi jawapan,
ku berikan kau ruang untuk mencari ketenangan,
jika sudah hadir waktu yang ditakdirkan,
walau mulutmu terkunci tapi hatimu akan meluahkan,
walau akalmu kosong nalurimu ada jawapan,
pasti akan hadir waktu untukmu berteman,
jangan kau ragukan,
jangan kau gusarkan,
pasti saat itu akan terhadirkan.
SENYUM...




Tuesday, October 9, 2012

Kalam Allah...


semoga semua muslim sentiasa mendekatkan diri kepada Allah,
sentiasa membaca kalam Allah,
kerana ia adalah penawar hati ketika ditimpa musibah,
menjadi pendorong diri supaya tabah,
menjadi peneman setia kala suka dan duka,
bacalah dan fahami ia,
agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
BACALAH AL-QURAN...

Solat...



Daripada Abu Hurairah RA, katanya: "Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat disebalik solat Isyak dan Subuh yang didirikan secara berjemaah nescaya mereka akan (bertungkus lumus) mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak".

Keagungan al-Quran...


Keagungan senaskhah al-Quran,
realiti di sebalik keagungan,
Syaitan akan pening kepala tatkala kita membawa al-Quran,
Syaitan menjadi rebah di saat kita membuka al-Quran,
tatkala lidah membaca al-Quran, Syaitan akan pengsan,
Kala hati tulus mencintai al-Quran, Syaitan lari bertempiaran,
marilah bersama memartabatkan al-Quran,
marilah bersama membakar kemaraan Syaitan,
InsyaAllah, dengan Izin Allah...


:di saat anda ingin 'SHARE' mesej ini,Syaitan akan berbisik 'tak payah lah'. TEPUK DADA TANYA IMAN!!!

Monday, October 8, 2012

Tangisan dalam kesabaran...



di saat hati berbisik sabar dalam duka,
di kala mata menitis air mata,
di kala itu tidak mampuku menahannya,
ku cuba sabar di sebalik air mata,
tapi ia hnya ungkapan di sebalik dusta,
ku cuba sabar menempuh luka,
ku cuba sabar merangkai tawa,
ku cuba sabar dalam deraian air mata,
tapi hatiku tidak sesabar mana,
ku cuba menahan sabar di balik air mata,
ku menganggap duka itu penghapus dosa,
ku menganggap air mata itu pengubat luka,
ku menganggap air mata itu sebagai canda dalam tawa,
mungkin ini cobaan ke arah menemui bahagia,
mungkin ini cobaan untukku bangkit semula,
ke arah menemui sinar Yang Maha Esa,
InsyaAllah hari bahagia pasti akan tiba,
DI SEBALIK KESABARAN HATI INI MENANGIS...


KAMI...




kenangan bersama sama dicipta,
buat tatapan semua pelajar 6 Delima SMK Bandar Tenggara,
dalam kenangan ada canda dan tawa,
dalam kenangan ada luka dan duka,
semua dinikmati bersama,
semoga semua mngingati setiap detik kenangan yang dilalui bersama,
Go 6 DELIMA 2010/2011 SMK BANDAR TENGGARA!!!

Pedoman hidup...

Hati umpama raja dalam tubuh kita. Banyak keputusan dalam hidup kita ditentukan melalui apa yang ada di hati kita. Kalau hati kita ini baik, maka keputusan-keputusan yang kita buat selalunya keputusan yang baik juga. Kalau hati kita ini busuk, maka keputusan-keputusan yang dibuat pun buruk jugalah jawabnya.

Nanti, bila pulang bertemu Allah s.w.t., tidak ada apa yang kita bawa melainkan hati sajalah. Hati yang menjadi tempat bertakhtanya kebaikan atau keburukan. Tempat bertakhtanya dosa atau pahala.

Sebab itu, hati ini perlu dijaga dengan baik. Kerana hati ini umpama logam. Barang-barang logam bila terdedah kepada udara dan air, ia akan cepat berkarat. Bila berkarat, barang itupun nampak tidak cantik dan bahaya pula bila digunakan. Maka, dalam keadaan begitu, kalau ia tidak cepat dicuci, karat itu akan semakin luas dan barang itu pula lama-kelamaan akan cepat rosak.

~Memperkasa Biah Solehah~

kelebihan lafaz Bismillah...


Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-
♥ Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
♥ Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.
Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
♥ Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
♥ Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
♥ Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
♥ Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
♥ Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
♥ Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
♥ Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
♥ Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
♥ Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.
♥ Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
♥ Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
♥ Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
♥ Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
♥ Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

Amalkan memulakan sesuatu kerja dengan lafaz "Bismillah"  : )


Sumeber: Nukilan daripada Siti Salwani Nur Ilham


seperti semalam,hari hujan turun lagi di pagi hari. nak buat macam mana dah suratan, 'terima jelah'. 'sabo jelah' apabila memikirkan kain di ampaian yang 'tak' kering lagi....ADUHAI, kain!!!
harap hari 'ni' adalah sinaran mentari walau hanya sebentar, janji kain kering sebahagian 'dah' 'oklah' 'tu'....hehehehe, lepas ni kna pakai serbuk pencuci 'BOOMZ' biar pakaian tidak hapak walau ketika hujan...hahaha. buat promotion 'plak' even sebenarnya pakai 'DAIA' , Lupakan Yang Lain...huhuuhu
'ok' cukuplah ramalan hari 'ni' mari kita pekena MILO panas...uhhh HOT!!!

Sunday, October 7, 2012

Lena dalam Air Mata...


Malam indah berteman bintang berkelipan,
renyai-renyai menitis hujan,
membawa bersama bayu kedinginan,
membisik angin nan sayup kedengaran,
tubuhkan mengigil dalam kesejukan,
namun ku cuba untuk lena dalam khayalan,
membawa diri ke alam mimpi nan penuh keindahan,
ku cuba membuang segala kesedihan,
dengan hanyut dalam lena khayalan,
tanpa ku sedari air mata mengalir bak titisan hujan,
ku tidak mampu menahan,
mungkin ini cara untukku melupakan segala kesedihan,
bersama lenaku dalam angan,
semoga esok menjadi hari penuh kebahgiaan,
setelah air mataku telah habis bersama mimpi khayalan,
LENA DALAM AIR MATA...



Melepaskan...


Adakah melepaskan sesuatu itu susah?
kerna kadangkala tidak semua yang kita ingini itu indah,
mungkin kita harus belajar untuk menyerah,
untuk mengajar diri menjadi lebih tabah,
kerna menyerah tidak membawa maksud kita kalah,
kita hanya belajar untuk melepaskan apa yang sudah,
belajar untuk terus melangkah,
terus maju ke hadapan tanpa menoleh,
biarlah yang berlalu menjadi sejarah,
biarkan yang kini menjadi masa hadapan yang indah,
biarlah sejarah menjadi sejarah,
tujulah masa hadapan tanpa ragu untuk tidak berpatah,
Keep on Going...InsyaAllah


Cinta...


Cinta....
Cinta adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya,
Ada apa dengan cinta?
Cinta hadir tanpa diri menyedarinya,
Cinta lahir kerana hati yang mengingininya,
Cinta wujud kerna penyatuan dua hati manusia,
Cinta hilang kerana tidak ada keikhlasan menjalaninya,
Cinta pergi di saat hati mebuangnya,
Cinta tertutup kala hati mengunci rapat pintunya,
Cinta berhak dimiliki oleh sesiapa,
Cinta berhak dimiliki oleh insan yang ikhlas memilikinya,
Milikilah cinta kerna mencari keredaanNya,
Milikilah cinta demi mengharap syurgaNya,
Kerana Cinta yang kekal hnya milik Sang Pencipta,
Binalah cinta dengan setulusnya,
Tulus mncintai insyaAllah akan kekal selamanya,
ABADINYA CINTA...



Saturday, October 6, 2012

Sahabat...


Sahabat,
kau hadir di saat diri ini memerlukan,
kau muncul di saat diri ini membutuhkan,
kau mngusap air mata di saat diri ini kesedihan,
kau sentiasa ada dalam duka dan kegembiraan,
nilai sebuah persahabatan yang tidak mampu aku nilaikan,
mencari erti sebenar sebuah persahabatan,
umpama mencari mutiara sedalam lautan,
begitu sukar namun tetap aku usahakan,
kerana aku tahu ia berbaloi untuk aku lakukan,
walau terpaksa diri aku korbankan,
kerana harga sebuah persahabatan yang tidak mampu aku nilaikan,
semoga persahabatan yang terjalin akan berkekalan,
tetap teguh walau dilanda taufan,
tetap utuh walau dilanda hujan,
insyaAllah ikatan ini mendapat keredaan,
jika ia terjalin dengan sebuah keikhlasan
Amin...




air mata...

air mata menitis lagi,
telah aku mncuba untuk sembunyi,
tapi tidak mampu aku menahan diri,
ia mnitis tanpa aku sedari,
telah ia menitis dalam realiti,
telah ia menitis dalam lena mimpi,
ia menitis di saat sedih meragut diri,
ia menitis di saat hati tersakiti,
mampukah aku mengusapnya sendiri,
mampukah aku menahan daripada ia mengalir lagi,
hanya keadaan mampu mngubah situasi,
semoga mampu ku sembunyikan ia di sebalik kegoan diri,
biar tidak ada yang akan ketahui,
cukuplah hanya Allah yang mengetahui...
TABAHKAN DIRI...


SENYUMLAH...

 ukirlah senyuman di wajah dgn bahagia,
sesungguhnya senyuman itu anugerah bernilai di dunia,
janganlah lagi kau mnitis air mata,
kerana air mata itu adalah permata,
setitis air mata tidak ternilai harganya,
walau hatimu sedang berduka,
tabahkan hatimu mmbuang segala luka,
ukirlah di wajahmu sbuah tawa,
senyumlah walau berduka,
titiskan air mata kerana gembira,
semoga dirimu sntiasa bahagia...
SENYUMAN...





Kehidupan Pelajar

kehidupan sbg seorang pelajar universiti ada yang indah ada juga yang perih. Namun, kita tetap perlu meneruskan demi mengejar segulung ijazah utk mngubah masa hadapan kita. mungkin ada kala kita rasa seronok dan juga ada yang berasa stress krn terlalu banyak assignment yang perlu disiapkan. itulah kehidupan seorang yang bernama pelajar, bak kata pepatah ' bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. tapi apabila tiba saatnya kita mngakhiri semuanya dengan segulung ijazah, barulah kita tahu itu semua memang berbaloi dengan semua yang telah kita usahakan... Jadi mari kita sama berusaha 'jia you'!!!

Friday, October 5, 2012

Sendiri...

belajar untuk menjadi tabah diri,
akanku cuba mmbina keyakinan diri,
tapi mampukah aku mengelak dari hidup sendiri?
di saat tidak ada sesiapa di sisi,
aku cuba untuk mnjadi berani,
di saat aku ditinggalkan dlm kegelapan sendiri,
tidak akan ku mnitis air mata lagi,
aku mncuba dlm mematangkan diri,
berusaha dlm mnguatkan hati,
kerana aku tahu tidak ada sesiapa akan mmbntu diri ini,
semoga mampu aku keluar dari kegelapan ini,
mncari sinar mntari,
agar mampu ku tersenyum kembali,
tanpa air mata yang tersembunyi.


tangisanmu...

dalam titisan ku sembunyi tangisan,
dlm kehangatan ku cuba mngukir senyuman,
dlm mndungnya awan ku sembunyi air mata yg berderaian,
dlm kdinginan malam ku menangis sendirian,
aku tidak mahu mereka mlihat kesedihanku,
aku tidak mahu rahsia hatiku dibongkarkan,
kerana tidak ada insan utk kongsikan,
hanya mampu aku sembunyikan perasaan,
kerana aku tahu mereka hanya akan mentertawakan,
hanya padamu Ya Allah tempat aku mmbuat pengakuan,
hanya padamu Ya Allah tempat aku buang segala kesedihan.
aku hanya mmpu terdiam utk mnahan segala ksakitan,
mampukah aku mnghentikan tangisan?
hanya waktu akan menentukan.
SEKIAN...


persahabatan?


apakah erti sebuah persahabatan?
mungkinkah wujud keihklasan?
soalan yang mungkin tidak ada jawapan,
di saat terjalin sbuah ikatan persahabatan,
terselit kpura-puraan,
tatkala hati tidak mmpu mngungkap kebenaran,
ikatan yang terjalin hanya seperti longgokkan sampah di jalanan,
di manakah erti sebuah persahabatan?
hanya dicari bila diperlukan,
dibuang di saat tidak mahu digunakan,
ditinggalkan menangis sendirian,
ditatang tatkala mncari kgembiraan,
msihkah ada persahabatan yang sejati sbg peganga? 
hanya hati yang tulus mmpu mmberi jawapan,
tapi hati 'sampah' hnya mmberi alasan,
marilah bersama kita mencari pengertian persahabatan,
agar ikatan yang terjalin akan berkekalan.
InsyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...