Friday, October 12, 2012

sehelai daun bersendirian...


wahai daun kenapa kau bersendirian,
adakah kau tidak ada sesiapa sebagai teman?
adakah kau sendiri kerana kesedihan?
adakah kau sendiri kerana mencari erti kebahagian?
soalan bertubi aku lontarkan,
tapi tidak ada satu pun yang mempunyai jawapan,
mungkinkah kau takut untuk menceritakan?
mungkinkah kau gusar dalam kebimbangan?
kenapa kau diam tanpa meluahkan?
tidak ada apa lagi mampu ku lakukan,
ku beri kau masa untuk memberi jawapan,
ku berikan kau ruang untuk mencari ketenangan,
jika sudah hadir waktu yang ditakdirkan,
walau mulutmu terkunci tapi hatimu akan meluahkan,
walau akalmu kosong nalurimu ada jawapan,
pasti akan hadir waktu untukmu berteman,
jangan kau ragukan,
jangan kau gusarkan,
pasti saat itu akan terhadirkan.
SENYUM...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...