Di kala malam berlalu pergi,
Di kala hati terkurung sendiri,
Di kala dingin angin brtiup sayu kini,
Di kala air mata tidak mampu mengalir lagi,
Di kala senyuman tidak mampu ku ukir lagi,
Hanya bulan dan bintang mampu menjadi saksi,
Hanya kedinginan malam setia menemani,
Di kala cahaya bulan tidak menerangi,
Kala titisan hujan menutup keindahan malam ini,
Namunku masih bersyukur pada Ilahi,
Kerana memberi peluang untukku menikmati,
walau hanya sebentar keindahan malam ini,
kerana esok belum tentu hadir untuk diri,
Biarlah setiap detik berlalu menjadi kenangan terindah di dalam fantasi,
Walau perih untukku hadapi,
biarlah ku hadapinya dalam realiti fantasi,
biarlah ku tempuhnya dalam keindahan mimpi,
semoga itu semua menjadi saat yang mampu untukku simpan di hati,
menjadi malam terakhir yang bermakna dalam diri.
Biar nafasku bertiup sayu bersama bayu malam ini.


No comments:
Post a Comment