MAAF.
Adakah hanya sebuah ungkapan?
Mampukah hati membenarkan?
Mampukah MAAF menundukkan keeogan?
Adakah cukup sekadar memohon keMAAFan?
Adakah ikhlas hati memberi keMAAFan?
Walau beribu persoalan,
tetap tidak mampu memberi satu kepastian,
tatkala diri sering melakukan kesalahan,
tatkala itu mulut memohon keMAAFan,
Adakah ungkapan MAAF hanya sebuah madah gurauan?
tanpa sebuah keikhlasan,
mampukah kata maaf menjadi sebuah keinsafan?
tanya dalam lubuk hati sebuah kebenaran,
jika tidak mahu akhirnya sebuah penyesalan,
agar ungkapan tidak menjadi sebuah permainan,
permainan hati-hati manusia yang penuh pendustaan,
jadikanlah MAAF sebuah pengakhiran sebuah kesalahan,
agar hati tidak terbeban,
kerana hidup di dunia hanya sebuah pinjaman,
manusia tidak lari daripada kesilapan,
jadikanlah MAAF itu sebuah pedoman,


No comments:
Post a Comment