Wednesday, March 6, 2013

Cinta Halal...


Wahai cinta hatiku,
Aku ingin berbisik dalam lubuk hatimu,
Bahawa aku ingin sentiasa di sampingmu,
Cintaku ada untukmu,
Teringin sekali aku ingin mendekatimu,
Aku ingin mengukir senyuman seindah mentari di pipimu,
Wahai cinta hanya engkau yang aku mahu,
Hanya engkau yang aku perlu,
Aku ingin kau tahu hanya dirimu untukku,
Dalam mimpi kau hadir menjengukku,
Dalam jaga kau muncul menyinari hidupku,
Setiap saat namamu muncul dalam khayalanku,
Setiap detik namamu terungkap di bibirku,
Empat mata ingin berbicara menusuk tajam ke matamu,
Inginku luah segala isi yang terpendam dalam hatiku,
Walau jasad kita terpisah antara gunung berbatu,
Walau nafas kita terhalang dalam siulan angin yang berlalu,
Walau pancaran matamu terpantul dalam cermin kaca itu,
Walau suaramu tenggelam dalam gema yang jitu,
Namun hati kita sentiasa bersatu,
Tiada yang lain hanya kau dan aku,
Wahai cinta hatiku,
Semoga cinta ini terbina bersama restu,
Mendapat rahmat daripada Allah Yang Satu,
Dengan cinta yang halal antara kau dan aku,
InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...