Wednesday, March 20, 2013

Cuba...



Aku mencuba,
Mengenal apa cinta itu,
Memahami setiap gerak dirimu,
Memahami setiap bisikan hatimu,
Namun adakah aku mampu ?
Tatkala hati ini belum pasti tentang cinta itu,
Aku mencuba,
Menjawab semua persoalan yang membelenggu,
Adakah kau akan memahamiku ?
Adakah kau akan mengekori jejak yang ditinggalkan ?
Adakah kau akan mengejar cintaku yang mula menjauhimu ?
Adakah kau akan hadir di kala aku berada di perhentian cintamu ?
Adakah kau akan setia bila aku sentiasa menginginkanmu ?
Aku mencuba,
Mencintaimu setulusnya aku,
Namun adakah kau pun begitu ?
Adakah kau akan tetap di sampingku seperti yang aku mahu ?
Kerana hanya dirimu yang aku perlu,
Apabila impian duniawi mula mencari sinar dirimu,
Kau terus berlari tanpa menoleh ke arahku,
Itulah saatnya aku tahu semuanya tidak seperti dulu,
Namun aku belum siap untuk itu,
Aku mencuba,
Mencuba untuk jujur mencintaimu,
Meletakkan secangkir kepercayaan untukmu,
Aku akan terus mebina cinta antara kau dan aku,
Kerana aku takut kehilanganmu,
Hanya kau yang aku mahu,
Harap kau sentiasa di sisiku,
Menemani setiap sisi gelapku,
Melengkapi kepingan hatiku,
Aku harap kau juga akan mencuba ke arah itu,
Cubalah....





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...