Aku memberi tanda soal tentang cinta kepadamu,
Adakah kau cinta aku ?
Kerana ada kepastian yang ingin aku tahu,
Betapa tulus cintamu ?
Betapa dalam cintamu ?
Kerana cintaku hanya untuk dirimu,
Aku berharap kau mampu menjadi imamku,
Ingin ku luah sesuatu,
Aku harap kau mendengar itu,
Aku sangat merinduimu,
Kau sentiasa dalam ingatan bersama detik yang berlalu,
Walau musim berubah namun cintaku tetap jitu,
Jangan kau lindung lagi luahkan isi hatimu,
Akuilah bersama keikhlasan hatimu,
Cintailah dengan tulus agar luka di hati mampu terubat dengan cintamu,
Wahai kasih tulus aku mencinta dengan jiwa yang aku mampu,
Bawalah cinta ini ke jalan yang halal bersama restu,
Akan ku genggam erat tangamu,
Tidak akan ku dibawa lari bersama angin bayu,
Akan ku buang tanda soal yang melingkari hatiku,
Jika tanda cinta ini telah terjawab olehmu,
Bisikkan di hatiku keikhlasanmu,
Agar mampu terbina syurga idaman untukmu dan untukku,
Dengan nama Allah hanya kau, wahai imamku....


hoi
ReplyDelete