Dalam sedetik ini semua terjadi,
Tanpa ada persoalan mahupun jawapan yang pasti,
Luka-luka yang ku rasakan kini,
Kau beri bertubi-tubi,
Namun aku bertahan dalam tangisan hati,
Aku belajar untuk tabahkan diri,
Aku tidak ingin untuk menangis lagi,
Mungkin ini semua berlaku atas khilaf diri,
Gerak tubuh yang salah tanpa aku sedari,
Mungkin ini balasan atas dosa sebelum ini,
Mungkin ini adalah ujian daripada Ilahi,
Aku terima dan aku belajar untuk meredai,
Walau aku tahu hati ini belum kuat untuk menghadapi,
Namun aku biar waktu mengubah segala yang terjadi,
Dalam ruang waktu mengubat luka di hati,
Kerana tidak mampu aku ingin ungkapkan beban di hati,
Biarlah hanya 'Dia' sahaja tempat aku mengadu isi di hati,
Dalam sujud aku lemah menghadapNya Ya Ilahi,
Tidak kata mampu menjelaskan segala ini,
Namun akan ku cuba harungi,
InsyaAllah akan ada jawapan yang pasti,
Mengharap petunjuk dariNya di hujungnya nanti...
Amin....


No comments:
Post a Comment