Monday, March 18, 2013

Setiap Detik...



Setiap detik waktu,
Kau hadir dalam khayalan realitiku,
Hadirmu memberi sinar baru,
Kau hanyut dalam lena mimpiku,
Dalam kedinginan malam kau berbisik di sebalik angin bayu,
Setiap detik waktu,
Aku selalu memikirkanmu,
Kerna kau selalu muncul dalam halusinasiku,
Walau ku cuba melupakanmu,
Walau ku cuba membuangmu jauh dari fikiranku,
Namun aku tidak mampu,
Kerna hadir dirimu menyinari siang dan malamku,
Setiap detik waktu,
Walau wujudmu hanya halusinasi bagiku,
Namun setiap hadirmu akan ku tunggu,
Kerna setiap detik bersamu amat ku rindu,
Tapi mengapa saat ku sedar kau tiada di sisiku,
Mungkinkah kau akan benar hadir dalam realiti hidupku,
Setiap detik waktu,
Aku akan terus menunggumu,
Walau kapan hadir dirimu tidak aku tahu,
Hanya satu pintaku,
Jika kau benar wujud di sampingku,
Akan aku curah kasih dan cinta hanya untukmu,
Kerana aku ingin kau tahu,
Setiap detik waktu kau selalu dalam ingatanku,
Hadirlah kau bersama melengkapi setiap detik waktu,
Menghiasi setiap detik yang berlalu,
InsyaAllah sehngga akhir hayat jasad dan jiwa kita turut bersatu,
SETIAP DETIK WAKTU...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...