Sebuah ungkapan kata,
Bicara hati setelah hatimu ku mendua,
Bukan niatku membuat hatimu terluka,
Namun waktu tanpamu telah mengubah segalanya,
Saat kau meninggalkan aku tanpa sebuah kata,
Hanya tinggal untukku sebuah tanda tanya,
Adakah kau pergi dengan meninggalkan cinta ?
Adakah kau masih membutuhkan masa ?
JIka kau kembali adakah hubungan ni seperti saat kita mula bersama ?
Maafkan aku,
Aku tidak mampu berjauhan tanpa sebuah kepastian masa,
Aku hanya manusia biasa,
Aku tidak bisa hidup tanpa cinta,
Aku takut hidup bersendirian tanpa teman untukku berkongsi segalanya,
Pelbagai persoalan telah membuatku sesak di dada,
Di manakah kau di kala aku sedang berduka,
Di manakah kau di saat aku ingin mengubat luka,
Di manakah kau di saat aku ingin berkongsi bahagia,
Maafkan aku,
Kerana telah mencari di hatimu sebuah luka,
Kerana telah mengkhianati kenangan indah yang tercipta,
Kerana tidak mampu pertahan memori bahagia,
Namun hanya satu ku pinta,
Jangan kau alir mata,
Kerana aku takut tidak mampu mengusapnya,
Kerana aku tidak lagi di sisimu sentiasa,
Binalah sebuah bahagia,
Agar aku tidak menyesal atas segalanya,
Maafkan aku,
Maafkan aku kerana tidak sempurna,
Maafkan aku kerana tidak sempurna,
Maafkan aku untuk segalanya,
Maafkan aku kerana tidak bisa setia,
MAAF...
.jpg)

No comments:
Post a Comment